Thursday 24 May 2012

Chicken Chop ala FAF

Posted by Faeeqah Auji at 10:04
Assalamualaikum... :)

Tengah pagi semalam, tiba-tiba aku, Ija (kakak) & Auni (Adik) lapar... Kreok2 bunyi perut masing-masing.. Hehehee xde la, sebenarnye memang rancang nak wat supper pun, gimik je tu. Aku memang rajin memasak kalau teringin makanan tu, Nak sangat wat chicken chop sendiri dari minggu lepas lagi, so petang kelmarin beli la ayam, suh pak cik tu buang tulang siap siap, tapi beli sebelah je coz baru percubaan, kalau jadi nanti baru boleh wat banyak banyak sikit. Then, pulun la cari 'black pepper sauce', cari punya cari akhirnya jumpa jugak, tapi sos dalam botol bukan serbuk. Kat kedai runcit pun ade woo~ dah maju :) Alhamdulillah.. Lepas tu beli jugak tepung kentucky tu, nak try wat yg celup dalam telur putih then baru salut ngan tepung, tengok dekat kolej diaorang letak ayam tu dalam tepung cam nak wat cokodok tu, takpe la.. baru nak belajar kan..hehee.. Lepas tu kami pun berhempas pulas wat chicken chop, belajar sama sama..

Ni la hasilnya.. Taraa!!!
Biasa je, kami wat kosong.. just add wedges


Coleslow@coslow semua takde T.T

Actually, budget tak cukup, tapi nak jugak wat, sebab tu kosong je chicken chop ni, kentang tu memang ade kat rumah dah..huhuhuu~ T.T takpe la, bersyukur, ade jugak rezeki nak wat :)
Dah siap tu kami makan sambil tengok Rooftop Prince episod 19 T.T  sedih.. Chohaa~
Lupa pulak, rasa chicken chop kami boleh tahan :)

'Chicken chop ala FAF' :p
  1. Cuci/bersihkan ayam tu, then rendam ngan air beras supaya hilangkan bau hanyir and darah ayam tu sikit
  2. Lepas dalam setengah jam jugak la aku rendam ayam tu.. Macam la orang tak tau kan.. Tapi aku nak gitau jugak :p Basuh balik.
  3. Next, tos tos air ayam tu, celup dalam telur putih and terus salut ngan tepung kentucky yang kami beli tu.
  4. Seterusnya, goreng ayam tu, deep fry tau, api pun kena so so je, baru seronok sikit ayam tu berenang renang, lepas dah garing & masak dalam tu, cucuk-cucuk sikit sebelum angkat tu, nak tau dah masak dalam ke belum, kang ade yang makan luar masak dalam mentah, huhuhuu~
  5. Selepas itu, chewah~ potong kentang bentuk wedges, goreng je macam biasa then angkat, ni kire cam side dishes la
  6. Sos tu letak dalam periuk cikit & tambah air ikut kesukaan nak kuah tu pekat atau tak, macam aku, tambah bawang putih sikittttt je..
  7. Akhir sekali, hias chicken chop tu & bismillah dulu.. baru ngap chicken chop tu :)

    Selesai... :)

0 comments:

Post a Comment

 

Faeeqah Auji Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos