Saturday 7 July 2012

Jung Yoo Mi

Posted by Faeeqah Auji at 11:46 0 comments
Assalamualaikum...

Hari ni nak cite sal Jung yoo mi.. Pelakon cite rooftop prince, dia berlakon watak antagonis tapi aku suka sangat2 tengok dia.. Hero and heroin ofkos le minat.. Tapi Jung Yoo Mi yang pegang watak Hong Se Na lagi la aku suka.. style dia dressing, muka dia yang cute and kasut yang dia pakai dalam cite tu memang menarik hati ni..wuu~


Jung Yoo Mi as Hong Se Na

Cute kan??ngan rambut dia yang ala2 potongan bob tu.. lakonan dia pun memang mantop!!! Suara yang comel..dok "tae mu shi" "tae mu shi".. kawaii~ jepun lak tiba2..padahal dok cita sal actress korea -_-


Tengok ni! tengok ni! stylenya..kalau ada duit lebih nanti memang nak wat style cam se na ni.. tapi ofkos yang menutup aurat.. pakai betul2 camni kang terkojut lak kawan eden >.<

Oh ye, punya la google kasut dia tak jumpa2..last2 p bukak balik episode2 tu and print screen..


Dapat la yang ni.. blur coz print screen kan.. ni memang fav kasut yang aku suka tengok dia pakai.. kasut dia yang lain2 pun  memang ohsem!!!


Yang ni pulak.. Walaupun dia melakonkan watak antagonis.. tapi masa jurumekap ni nak mekapkan dia, dia leh wat kaki camtu..cute aih~ jealous oiiii!!! >.<
Leh baca ngan lebih lanjut di dramahaven

Sebelum ni heroin korea yang aku minat Kim Ha Neul, Kim Sun Ah, Song Hae Gyo and Koo Hye Sun.. And now Jung Yoo Mi pun dah masuk list.. ^_^ Hero korea toksah cite la.. berlambak  : p


Takleh berenti menempek gambar dia la..wuu~ T_T

Memang style tu masuk ngan dia..sesuai sangat!

Ok la.. sebelum bertambah obsesiku pada Jung Yoo Mi ni baik aku ka chow! dulu..

Till then :)


Wednesday 4 July 2012

Al-Fatihah...

Posted by Faeeqah Auji at 00:36 0 comments
Assalamualaikum..

Al-Fatihah buat tok ex roommate aku, Zaty.. arwah menghembuskan nafas terakhir pada hari ahad, 1/7/2012 kerana kanser paru-paru.. Zaty hantar mesej pukul 10 gitau tok dah takde 10 minit lepas.. rasa terkilan coz baru janji nak melawat tok keesokan harinya..

Teringat dulu, aku tak balik rumah coz tido rumah Zaty.. arwah selalu panggil ajak makan, dia cukup risau kalau anak2 and cucu2 dia tak makan.. arwah layan aku macam cucu dia sendiri.. masa nak balik kolej tiba2 nasik abes, selalu Zaty memang akan tapau nasik bawak balik kolej walaupun kami dah makan kat umah..tapi arwah tak mau cucu2 dia ni lapar, dia pergi panaskan bubur kacang hijau untuk aku, bagi makan jeruk.. dodol.. Auji ingat.. tak pernah lupa kebaikan tok pada Auji.. 

Masa Zaty mesej gitau, air mata terus mengalir.. Aku tak sempat jumpa tok wat kali terakhir.. Aku rasa terkilan coz cakap esok nak melawat tok kat hospital.. Esok paginya, kul 8 lebih dah keluar and cari keta sewa.. sampai kul 10 orang dah abes mandikan jenazah.. arwah dikebumikan kul 11 tengah ari.. lepas tu ikut Zaty pergi mana2.. teman dia.. Zaty mesti lagi sedih, sebab masa mak Zaty meninggal, arwah yang jaga Zaty..

Aku rasa sedih coz orang terdekat aku meninggal.. mula2 Suraya.. lepas tu tok.. tapi dah ajal mereka, kami yang masih hidup ni kena tabah and sabar.. kena teruskan hidup.. Semoga mereka tenang di sana..

Amin~
 

Faeeqah Auji Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos